Tuesday, April 12, 2011

Dear friend,









Dear friend,
I realized I can’t get along with you now.
I realized that you hate me.
I realized, after i lied to myself thinking it was me thinking too much.
But I guess I’m not.
Seriously, I’m totally disappointed.
And I guess, it would never, be the same, like before.
And I think, our relationship, would drift apart.
Further than now.
And further like the North and South.
Still, I would always be there for you.

Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum,


Tidur, makan, pergi kelas, melepak and tidur balik tue la rutin harian aku kat UUM nie and kebanyakkan student-student kat sini. Tapi gila tak sedar aku just tinggal 47 hari je lagi nak duduk kat UUM nie. Kurang dari 50 hari je lagi, hampir 3 tahun aku duduk sini macam-macam aku belajar sifat orang maca mana, hidup pentingkan diri, dari berkawan ke bermusuh. Semua tue ilmu bagi aku.

Apa yang buat aku rasa patut menangis bila nak berambus dari UUM nie pertama sure la kawan-kawan aku even kadang-kadang rasa menyampah je tengok diorang. Farah gedik, jiha manje, sizuka ngepek, kak ainon semua nie membe aku yang tahu banyak benda pasal aku nangis bab putus cinta, hp rosak, ada budak kutuk aku semua aku cerita kat diorang. And rumet aku yang memang terbaik jaga aku time sakit ingat lagi dia halang orang and suruh aku naik bus dulu ime aku tengah demam pergh nak nangis siot terharu time tue, farah gedik yang banyak problem aku kongsi bab aku ngan dia memang satu kepala la jugak, selalu aku nak cakap or dia nak cakap mesti otak kitorang dah pikir benda yang sama and aku agak takut jugak bab banyak sangat sama kang laki dia pun laki aku jugak. Haha mintak dijauhkan...  

Ada lagi kawan aku yang aku sedih nak tinggal, kawan course aku, little ain, shah, paan, hanis, mira kee, ijat (artis sim darby) banyak lagi la diorang nie semua boleh dikatakan rapat ngan aku yang boleh masuk dengan aku. Kalau nak mintak pendapat yang best tapi cam tak tboleh pakai diorang memang bagus. Semua budak sime darby semua sesetenagh aku suka. Aku sayang korang semua la.

 Lepas kawan ialah bunga, lawak kot bunga pun nak sedih kan. Tapi korang jangan main kat UUM nie empat musim ada, sejuk panas bunga and gugur. Aku cerita kat budak luar banyak yang tak caya, siape belajar sini mesti perasaan la kalau sejuk gila sejuk time tue mula la banyak post kat fb buat kerja dalam selimut, pastu panas tim nieorang yang mandi sekali sehari akan jadi 5 kali sehari, and part musim bunga aku la paling suka bab aku akan tengok seluruh UUM akan penuh ngan pokok besar yang dilitupi oleh bunga yang bewarna-warni. Aku kalau pergi kelas pun senyum je orang sebelah pun sure tak kan perasan bab diorang pun hanyut berangan and last musim gugur tue aku tak suka sangat nak jalan pun susah banyak sangat bunga-bunga kat jalan plus pulak hujan licin kot.

Ketiga makanan, korang tanya la siapa duduk utara nie yang tak suka bab makanan sini, semua kata terbaik la, tapi kalau ada yang kata tak sure sistem penelanan makanan tak stabil tue. Yang paling aku gila char kuewtiau belakang kedai mamak changloon, kedai nasi lemak sebelah C-mart memang melantak habis-habisan, nasi goreng ayam kat ct.plaza, and mee sup ngan laksa sebelah ct.plaza. nie memang kedai terbaik la bagi aku. Makanan kedah semua sedap and murah, murah tue yang penting lagi-lagi aku yang kuat gila makan bak kata Norizan aku tank besar so Kedah menyelamatkan duit aku la kiranya. Lupa nasi ayam berempah kat Perlis terbaik aku boleh makan benda tue je hari-hari.

Sedih bila pikir semua nie akan tinggalkan dan pergi ke dunia yang nyata, dunia yang memetingkan diri sendiri.  Tapi semua nie aku kene hadapi jugak, ramai membe aku ajak sambung master tapi aku dah tak larat nak study tapi tak tahu la pulak bosan kerja aku sambung jela study, bagi aku jadi pelajar la paling best, nak melepak sampai pagi tak ada nak risau, gayut ngan bf sampai tak tidur pun tak ada hal kalau dah kerja jangan harap la nak wat semua benda nie dalam mimpi jela. Poyo cakap macam dah pernah kerja je kan, nie aku dengar kakak abang aku cerita jela. So start sekarang aku kene banyak tido la bab nanti rindu kat tilam aku pulak dah keluar nanti. hehe.

Tuesday, March 15, 2011

Gone Gamoknye



Assalamualaikum,



Hari nie aku letak lirik lagu bahasa pahang pulak, nie aku baru je tahu kewujudannya, tue pun paan (budak johor) yang bagitahu. Huhu, sungguh malu kamu menjadi anak pahang tapi tak tahu lagu nie dekna oi!!! Erm siapa budak pahang paham la kot bahasa yang digunakan, kalau negeri lain tak tahu la boleh paham tak sebab aku pun tak paham semua. Hehe. Thanks pakcik bab bagitahu lagu nie...

Ha lagu nie cerita pasal tak guna la merempit nie, bazir masa je so baik berubah jadi lagi berwawasan and bertambah maju. Gone gamoknye = cam mana sekarang nie. Erm betul kot maksud dia, aku pun was-was sikit.

Erm nak masuk lagu tak pandai, so korang boleh cari kat 4shared or kat blog nie jelah ea. Hehe. Mintak maaf la banyak-banyak aku tengah berusaha mencari orang yang boleh ajar aku nie. Ada sesiapa pandai tolong la ajar aku ea.

  Lirik Lagu Gone Gamoknye (Hariz & Fadlina) 

Fadlina:
Amboi heibatnyer woi belagok setiak hari
Motor doh canggih keknyer awok ngubohnye lagi
Broom saner Broum sini, bingiet telinge
Nok mujow, tersungkow, gone gamoknye

Hariz:
Amboi moleknyer wei bahase Kut suke hati
Awok pulok ape bezenye pakeinye seksi
Bo kanaen bo kiri tok kire sape
Nok mujow terlanjow, gone gamoknye

Fadlina:
Cite-cite koi sangaet tinggi, ander wawasaen
Endok meneroke angkasa ata lautaen
Boh kanaen boh kiri koi pergi study
Sasore IPT, gone gamoknye

Hariz:
Jangan la awok serkak jarang buruk padohnye
Koi ingien jadi yang terbilang pade akhirnye
Broum sane broum sinie, motor koi nguji
La... koi bisnes bengkei moto (ye la sangaet..) Goner gamoknye..

-solo-

Jangaen biokan orang asing menjajoh lagi
Tenage mude digembelieng kemaihkan dighie
Perokkan pakataen sedie menggempor
Padukan genggamaen goner gamoknye

Eloklah kite wahai rodong ngenjokkan minde
Lepok dan rempiet bukan rodong membuang mase
Moh nyahut caboraen W.E.P.T
jadi yang terbilang gone gamoknye
Gone gamoknye.. gone gamoknye...

Gone gamoknye? Betui dah ni..

Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikum,


Dulu aku dah cerita 10 perkara yang dilarang kalau nak dapat ex-boyfriend kembali kat entri nie, hari nie aku nak bagi tips pulak macam mana korang lelaki boleh dapatkan kembali ex-ex girlfriend korang, yang nie aku pikir sendiri tau..
Ok cara pertama korang boleh pilih 1 masa yang korang rasa dia ada masa untuk layan tepon korang dengan baik. Contoh ye, ambil pukul 11.30 malam before dia tido korang tepon dan bercakap hanya dalam 4-5 minit sahaja and bertanyakan tentang kehidupan dia sihat ke, ada masalah ke, tanya la apa-apa yang penting tunjuk korang ambil berat kat dia. Ulang benda nie setiap hari beberapa bulan dan tiba-tiba hilangkan diri dengan stop tepon, tengok adakah si ex korang try tepon korang balik menanyakan khabar @ tidak. Kalau dia tepon balik maknanya dia risau kan kamu and peluang untuk dapatkan kembali sememangnya cerah and kalau dia tak buat apa-apa pulak, korang padamkan jela hasrat nak dapat kan dia kembali memang dia tak risau kat korang sikit pun.


Cara kedua pulak, ini boleh diiringi sekali dengan cara pertama di atas. Korang hantar mesej selamat pagi, kejut dia bangun subuh and selamat malam. Jangan tulis ayat panjang-panjang maybe dia menyampah nak tengok nanti just tulis "selamat pagi, awak jangan lupa solat subuh tau" and "selamat malam, semoga awak happy sentiasa". Kene hantar mesej cam nie setiap hari, yang nie aku tak tahu sampai mana korang kena buat sebab korang akan tahu sendiri macam mana dia balas mesej korang tue.


Cara ketiga, fikir apa sebab korang putus. Apa kesalahan yang korang dah buat, sampai dia berani buat keputusan untuk putus, dari situ cuba belajar buang sikap tue sikit demi sikit.  Aku nak bagi pandangan sikit la, perempuan  nie susah untuk tinggalkan seorang lelaki even perasaan cinta tue dah lama hilang, dia tetap bersama lelaki tue, sebab perempuan tak sanggup nak lukakan hati seseorang yang pernah sayang  dia, tapi kalau lelaki dia lebihkan perasaan dia dari perempuan, bila hilang cinta hilang la perempuan tue dalam hidup dia. And yang penting jangan  cuba yakinkan dia yang korang dah berubah, biar dia sendiri yang sedar dengan perubahan korang, dengan tue baru dia nampak perubahan tue lebih ikhlas.

Ok la tiga jela, tak ada  idea dah, kalau ada aku buat sambungan pulak nanti. Tapi nie tak tahu jadi ke tak, semua usaha tue datang dari diri sendiri. Hehe.. Selamat malam...

Thursday, March 10, 2011

Assalamualaikum,



Hai!!!! Tak ada kerja kan tulis blog malam-malam, eh silap pagi-pagi, hehe. Aku sebenarnya dah tak ada idea nak tulis blog (baru je start main benda nie dah tak ada idea sangat teruk kamu nie dekna) nie tapi tadi aku pergi melepak bilik farah gedik and jiha manja aku pun dapat la banyak idea, tue pun sebab jiha nie banyak komen pasal blog aku. Tak apa aku budak baru, saya terima pandangan kamu dari sudut positif =). Tapi aku nak ucap ribuan terima kasih kat ko Jiha sebab sudi baca blog aku. Hehe ingat syok sendiri je lebih aku nie (ok sekarang aku rasa memang aku syok sendiri) Haha...

Ok cukup pasal jiha manja and farah gedik berbalik pada topik asal, sebenarnya aku nak buat sambungan kepada entri ini, aku nak sambung sebab jiha cakap (lagi-lagi jiha) "kena fikir pasal ko jugak jangan pandai kutuk orang je" ok aku reka ayat lebih pedas sedikit. So aku pun terpikir la juga, ada ke orang benci aku. Sure la ada orang benci ko dekna oi...

Erm kawan aku cakap, aku ramai kawan so ramai juga la orang benci aku. Yup aku pun merasakan sebegitu rupa. Hehe. Tapi kita tak patut pikir negatif kan, so aku akan buang pikiran-pikiran kotor aku tadi. Memang sifat manusia ada sifat benci-membenci nie, aku pun ada, macam aku benci kawan baik yang aku cerita kat nie. Tapi yang kisah tue aku memang dah sound awal-awal aku tak suka tapi dia buat jugak so memang aku benci la. Nie boleh tak di ambil kira. Hihi.
think positive penting tue...

So back to sifat positif, aku rasa kita semua memang patut ada sifat positif nie, ok example ye, aku tahu minah tue benci aku belakang-belakang tapi tak kan la aku nak tunjuk muka aku macam menyampah dekat depan minah tue sebab ko kutuk aku belakang-belakang kan, so kena la buat muke cute, cam baik je depan dia, aku tahu tue macam pakai topeng tapi pakai topeng lagi bagus dari kita menunjukkan sikap kita yang negatif tue depan dia. Bayangkan dia dah la benci kita, kita pulak tunjuk kita pun benci dia so dia bagitahu kawan-kawan dia kita pun bagitahu kawan-kawan kita dah tue pakat semua bermusuh la macam tue. Korang dapat tak apa yang aku nak sampai kan nie.
korang luar baik dalam ish ish...

Pasal muka topeng tue, aku bukan suruh korang semua pakai topeng tau tapi ikut tempat la, topeng nie awal-awal je pakai sebab kelamaan korang akan ubah sikap. Kenapa? Sebab dia benci ko tapi ko tak tunjuk ko benci dia and ko buat-buat tak tahu yang sebenarnya ko tahu dia benci ko, ko layan dia dengan baik even BERTOPENG pun dia akan nampak ko sebenarnya tak ada la membencikan sangat pun so makin hilang la kebenciaan dia terhadap ko. Nampak disitu kepositifan yang aku nak tunjukkan.

Aku tahu kawan-kawan rapat aku ada kutuk-kutuk belakang semua tue, tak kisah tapi kalau kawan baik lebih baik kita berhadapan je terus benda tue lagi mudah nak setel dah nama pun kawan baik kan. Nie semua pandangan aku, korang mungkin berbeza tak apa pandangan setiap manusia tue memang berbeza aku tak kisah, tapi kalau tak setuju aku mintak maaf jela boleh. Kalau ada pandangan boleh tinggalkan komen anda dibawah.


to jiha manja I dah cuba tulis panjang tapi dah tak larat..hehe...sory..=)