Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum,




Ex-boyfriend, kisah lama semua itu tapi yang lama itulah yang tak boleh lupa, itu korang lah bukan aku. Hehe. So tetap nak cuba dapatkan ex-boyfriend korang balik, try jangan buat 10 perkara dibawah supaya ex-boyfriend korang tak lagi menyampah dengan korang yang degil nak rujuk semula nie. Aku amik tip nie dari majalah Dara and edit sedikit.


1. Jangan bergaduh dengan dia
Selalunya kalau borak mesti bergaduh kan, yela die tak mengaku salah korang pun tak nak mengaku salah tentang benda-benda lepas so last2 gaduh. Bergaduh hanya bagi ketegangan. Walaupun korang menang bila bergaduh, tapi korang tetap kena tinggal.

2. Jangan cuba menggunakan logik
Jangan guna logik untuk menyakinkan si dia untuk kembali dekat korang, sebab cinta nie berlandaskan perasaan, so logik-logik tak leh pakai ye.

3. Jangan yakinkan atau cuba menyakinkan ex-boyfriend
Jangan  "yakinkan" si dia kamu sudah berubah atau mulai sekarang keadaan pasti berubah. Sebab ini umpama menimba air keluar daripada perahu bocor.



4. Jangan asyik cakap yang korang cintakan si dia
Dia sure tak akan peduli tentang perasaan cinta korang tu kat dia, even korang cakap lebih tinggi dari gunung Everest pun tak ada dia kisah, sebab apa yang penting bagi dia sedalam mana cintanya terhadap korang bukan berapa dalam cinta korang terhadap dia.

5. Jangan merayu!
Hampir 90% perempuan akan merayu supaya ex-boyfriend kembali kepada mereka. Lagi korang merayu, lagi jauhlah si dia tinggalkan korang. Oklah, ada yang berjaya dapatkan kembali ex-boyfriendnye setelah puas merayu-rayu tapi aku sure sekejap je bertahan pastu putus balik sebab si dia hanya kesiankan korang je.
So tak payah nak nipiskan kulit muke korang tu sebab nak merayu-rayu kembali balik.


6. Jangan cuba buat dia rasa bersalah
"Saya tak boleh hidup tanpa awak". Standard punya ayat yang korang akan guna, tapi ayat seperti ini tidak akan berjaya kerana cinta memang tidak boleh dipaksa. So biarlah ia datang dari hatinya yang ikhlas.

7. Jangan berlakon sedih
Macam nombor 7 tadi jangan buat dia rasa bersalah, dari lakonan yang sedih dari korang itu akan membuatkannya bersimpati dan kasihan terhadap korang namun itu tidak sama dengan "tertarik" atau "keinginan" untuk kembali kepada kamu.

8. Jangan  bercakap dengan kawan-kawannya
Jangan gunakan kawan-kawannya untuk mendapat sokongan, even kawan-kawan dia bantu korang and buat plan untuk die kembali kepada korang ia tetap tak dapat bertahan lama sebab bukan lahir dari hatinya yang ikhlas.

9. Jangan menangis di hadapannya
Tidak kira la menangis depan dia or dalam telefon, itu semua menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas korang, oleh itu JANGAN menangis.

10. Jangan desak
Mendesak si dia untuk kembali kepada korang adalah satu kesilapan besar, lagi korang desak lagi dia benci and jauhkan diri.


So kesimpulannya, korang lupakan jelah strategi untuk mendapatkan kembali ex-boyfriend korang, sebab cuba korang pikir dalam-dalam kenapa korang berpisah sebab memang korang tak boleh masuk dah, senang cakap tak ada persefahaman. So the best way ialah korang cari je boyfriend baru. Hehe.

Salam.

4 Comments:

  1. Ahmad Van Musaddiq said...
    sungguh bgus info ko nie dekna..
    msti curi kt internet or majalah nie..hahahaa
    dEkNa said...
    aku dah bgtau awal-awal lagi ea aku amik kat majalah dara ea
    Anonymous said...
    emmm...le cye kew???dh pnh wat tp xmnjd pOwn...tpu r kO...huhuhu..hahaha...
    dEkNa said...
    ha kirenye ex-bf mmang dah xsudi la 2..
    the best way carila bf baru..

Post a Comment