Monday, February 28, 2011

Assalamualaikum,


Aku dapat cerita nie dari blog kawan aku yang nie, dia dapat ilmu nie masa dengar ceramah dekat surau. Penceramah tue kata tidak baik digalakkan untuk meletakkan gambar bersama pakwe/makwe, lagi-lagi yang membolehkan orang memberi komen.


 Contoh la membe-membe korang yang tengok lepas tue kutuk "pergh nie ke pakwe/makwe dia gila tak lawa/hitam/pendek tak sesuai langsung" . Dari ayat-ayat membe korang nie adalah doa untuk hubungan korang, so kalau nak letak jugak boleh bukan tak boleh just tidak digalakkan tapi make sure gambar capel korang gila meletup yang orang tengok pun akan cakap "sesuainya diorang nie, nanti anak pun mesti comel-comel" baru best dapat doa macam tue kan hati pun bangga. Hehe




Sunday, February 27, 2011

Cinta Matiku





Lirik lagu tema Drama Hani
Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu


Friday, February 25, 2011

Assalamualaikum,









Hari nie aku nak kutuk sikit pasal cara lelaki nak mula kenal perempuan. Ayat dia sama je and cara dia pun sama je, tolong la kami perempuan amat la bosan dengan cara korang yang amat tak best langsung. Dah la mencuri no telefon, ok la tak semua curi tapi korang mintak no telefon tue dari kawan korang still lagi kira mencuri bagi aku.

Dahla mencuri pas tue guna ayat yang sama je plak tue, sejak aku sekolah sampai masuk u nak habis u pun korang guna ayat sama, tolong la kami perempuan sangat la bosan dengan ayat korang tue "hai, leh berkenalan ?" Tak ada seni langsung. Cuba guna ayat yang best-best sikit be creative la sikit, teringin jugak kami nak tengok kecreativan kaum lelaki nie.

Lepas tue bila perempuan tue tak nak layan mula la cakap "ala nak kawan je tak kan tak boleh". Aku baru tahu tue taktik rupanya, maybe aku lembab sikit kot bab tue baru tahu. Tapi aku tak termakan ea. Huhu. "Awak dah ada bf erm tak pela" ha tengok tak ikhlas kan pas tue terus hilang baru cakap tadi "nak berkawan je". Lelaki mana pernah ikhlas.

Aku nak bagi pandangan la sikit cuba korang berani sikit terus direct je jumpa and cakap " boleh bagi no telefon bab i dah lama minat kat u, kalau u tak bagi i mintak kat orang lain je". Kan cam best sikit, perempuan tue pun tak marah kalau korang dapat no dia dari orang lain. So tolong la jangan guna ayat "leh berkenalan" ayat lama betul aku rasa orang zaman batu awal pun gun ayat tue jugak.


Wednesday, February 23, 2011

Assalamualaikum,

korang semua mesti ada topengkan??

Semua orang ada kawan tapi ramai ke tak tue yang beza, aku nak cerita pasal orang yang ramai kawan nie yang jenis famous, ye lah dah ramai kawan famous la dia kan. Tapi tak semua orang yang ramai kawan nie dia famous tau macam aku, aku ramai kawan tapi low profile so tak famous la kan. Famous tak famous itu tak penting bagi aku. Hehe.

Kenapa aku cakap orang yang ramai kawan nie ramai orang benci, biasa la manusia selalu benci-membenci kalau tak bukan manusia la kan, tapi aku manusia spesis lain sikit yang jenis tak suka benci-benci nie. Aku cakap pasal nie sebab aku tengok kat DPP Sime Darby (SD) nie (nama hostel aku kat UUM) banyak sangat orang yang macam tue ramai kawan tapi belakang dia ramai jugak orang membenci dia.  Ala bukan kat SD je kat seluruh dunia macam tue cuma aku sekarang nampak yang terdekat je la.



Aku bagi contoh la sorang kawan laki aku nie Shah ramai kawan dia lelaki, perempuan, separuh2 pun ada tapi dalam dia tak tahu ramai jugak orang tak suka dia. Budak-budak yang tak suka tue kawan-kawan aku la. Hehe.

Dina : dekna mintak tolong sat ajar stat gun (statistik gunaan).
Aku : mane ingat sem 4 aku amik bende alah tue.
Dina : ala... kawan-kawan ang yang pandai tak ada ke?
Aku : ade tapi mamat la. Shah.. kenal?
Dina : yang mana?
Aku : budak terengganu yang selalu wat kecoh tue.
Dina : owh yang tue, aku xbape suke la poyo je nampak..

Ha nampak kan? Orang yang ramai kawan nie ramai orang benci tapi aku bagi contoh sorang je la yang tak suka dia ada lagi orang lain. Tapi benda tue berubah lepas si Dina nie jumpe mamat tue, pas habis aku teman Dina nie belajar stat gun dengan Shah terus dia cakap "erm tak ada la teruk sangat mamat nie". Kita tak boleh sesuka je nak judge orang tau.
 
Ada budak lain lagi yang jenis depan baik belakang dia duk pakat mengutuk, yang tue aku tak suka. Tapi macam mana, tak baik jugak kan kalau tunjuk perasaan benci tue depan-depan dia kang kecik pulak hati dia tapi kalau dia dengar dari orang luar lagi la hancur terus hati dia. So nak buat macam mana pun aku tak tahu. So korang tak payah la sangat menyimpan perasaan benci-benci nie, macam ade orang pernah cakap apa yang ko rasa tentang orang tue macam tue jugak la dia rasa kat ko. Korang benci dia senyap-senyap dia pun benci korang senyap-senyap aku rasa macam ntah pape je berlakon je lebih, tapi yang nie memang aku  pernah jumpa, rumet lagi tau, A nie benci B, B nie pun pernah cakap kat aku dia benci A. Hurm korang pikir macam mana la hidup diorang berumet kan. Aku no komen.



So kesimpulannya, nak benci ke tak nak benci terpulang kat korang tapi ingat orang tue rasa sama apa yang korang rasa kat dia. So renung-renungkan lah. Hehe.

Tuesday, February 22, 2011

Assalamualaikum,



Jom main lukis-lukis pulak kali nie. Korang mesti masa kecik-kecik dulu suka main lukis rumah, pokok, gunung, sawah padi, burung and lain lagi la, semua benda tu ade makna yang tersembunyi. Dari lukisan tue kita boleh tengok korang nie orang macam mana gila duit ke tak, lurus bendul ke putar belit. Tapi tak boleh percaya 100% la, ala just for fun je benda nie.

1) Rumah
Kalau rumah nie die ikut jenis rumah tue, macam rumah batu die menunjukkan orang yang materialistik kalau rumah papan pulak yang jenis sederhana je. Aku pulak memang dari dulu lukis rumah papan je so memang aku dari dulu orang yang sederhana la. 


 2) Matahari
Kalau matahari nie dia tengok pulak kedudukan yang korang lukis, kalau matahari tue baru nak muncul celah gunung maknanya korang punya impian pun baru nak muncul, kalau tinggi atas kepala pulak korang dah tercapai la impian tue. Tengok la kedudukan korang lukis tue kat mana. Kalau macam aku pulak banyak sangat kedudukan dia, biasalah ada impian aku dah tercapai ada yang baru nak naik, orang bercita-cita besar macam nie la. Huhu

tinggi and tak ada rambut. Haha

rendah and kerinting

3) Pokok
Pokok pulak dia terangkan tentang pasangan korang jenis rupa macam mana. Kalau pokok nie susah sikit aku nak terangkan sebab dia kena tengok cara korang punya lukisan. Kalau pokok tue korang lukis tinggi pasangan korang pun tinggi la kalau rendah pasangan korang pun rendah la. Lagi satu tengok daun pokok yang korang lukis kalau macam  daun kelapa gaya lurus tue korang dapat yang lurus rambutnya kalau jenis lagi satu tue gaya kerinting la korang dapat.  

4) Sungai
Sungai nie ade dua jenis je, jenis lurus dengan bengkang bengkok so dari sungai pulak kita boleh tengok korang nie orang jenis putar belit atau pun jenis lurus cakap direct je. Ala korang mesti dapat syak dah korang jenis mana satu kan. Aku jenis lurus, bab tue la ramai orang kadang-kadang tersenyum dengan aku tengok betapa lurusnya aku, kadang aku kene marah pun ada bab buat orang tension. Hehe sory =)

kebebasan itu nikmat


5) Sampan
Sampan pun ada jugak bila korang dah lukis sungai kan. Sampan nie tengok korang jenis ikat kat kayu bagi dia tidak bergerak atau pun korang lepaskan kat sungai. Kalau jenis ikat or tambat korang nie jenis boleh terikat la, kalau jenis lepaskan je tue pulak korang memang jenis tidak suka diikat-ikat nie jadi rimas korang rasa.

Semua nie just untuk suka-suka je pun, korang tak payah caya sangat pun kang ada plak yang marah aku kata nak menipu pulak. Aku dapat semua nie pun masa aku jadi ajk untuk program 'bagaimana memahami pemikiran orang' lain just nak share kan je. So boleh la try-try kat kawan korang yang lain.

Sunday, February 20, 2011

Assalamualaikum,

Really hate you...
Bila aku dah bengang macam nie la jadinya, aku xsudi ko nak juga try add lagi. Memang la senang je ignore kan je, tapi aku tetap tak suka bila aku tengok ko lagi yang addnye. Memang jenis degil bahasa apa? Facebook nie memang best sebab boleh jumpe membe-membe lama, korang pun sure dapat banyak jemputan untuk reunion, kalau boleh kawan masa tadika dulu pun nak buat reunion juga. Tapi ada juga yang tak best macam aku cakap tadi bile jumpa orang yang merimaskan nie even ko dulu kawan baik aku or rumet aku sekali pun kalau dah menyibuk sangat aku tetap tak sudi. Ko add la aku banyak kali pun aku tetap tak sudi, aku dah cakap awal-awal aku tak nak tahu ko bagi tahu juga, so memang aku tak hingin la nak approve ko lagi rimas aku dibuatnya ada la.


Sekarang semua budak matrik aku tak nak ambil peduli disebabkan ko and penyibuk sorang lagi. Sedih korang sebagai kawan baik aku time kat matrik sekarang nie dah jadi orang yang aku benci. Lain kali orang dah ulang banyak kali tak suka jangan nak buat dah, kan dah terima.

Thursday, February 17, 2011

Assalamualaikum, 

please..please...
Putus dari Melda Ahmad nie dah lama femes tapi aku baru je dengar itu pun aku tengok cerita dia Gadis Semasa Sunsilk. Siapa kenal aku memang tahu la aku nie lambat sikit bab lagu-lagu nie, biasala budak kuat study tak layan lagu-lagu nie. Huhu menyampah dengar.  

Sebenarnya aku amat terpikat dengan lirik dia memang banyak orang lalui sama macam lirik nie, sure punye. Ditinggalkan dan akhirnya mendapat yang baru yang lebih baik dari ex lepas-lepas. Sure la lebih baik kan kalau tak, tak kan terima yang baru tu, tapi aku tak nak cerita pasal yang bf baru, aku nak cakap pasal bf lama yang tinggalkan perempuan tu.

bye-bye....
Orang ntah pape (bf lama) je yang tinggalkan awek dia untuk orang lain, jenis lupa diri. Korang lelaki kalau tak ada awek siapa yang nak bagi nasihat suruh pakai smart-smart, pastue korang dah smart pergi cari lain, tengok lelaki memang tak sedar diri kan? Lepas tue bila kusut ada masalah korang pula kena tinggal dengan awek baru, so baru nak ingat awek lama yang dulu terima korang yang memang kusut dari awal. So jangan lupa diri ye. Hehe.

Lirik lagu Putus (Melda Ahmad)

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku




Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum,

kepada-Nya kita memohon

"Cukuplah Allah (bagi memenuhi keperluanku), tidak ada tuhan melainkan Dia, ke atas-Nya aku bertawakkal, dan Dialah tuhan Arsy yang agung." (Sunan Abu Daud, no: 5081)

Doa nie bagus untuk dipraktikkan sebab ia mengingatkan kita kepada Allah. Doa nie dibaca 3kali pagi dan petang. Setelah kita berusaha, kita bertawakkal kepada-Nya dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam menanti hasilnya. Sekarang aku dah cuba berusaha cari tempat pratikal tapi banyak yang dah penuh aku harap ada satu company nanti yang akan bagi aku buat pratikal kat situ. Amin...

Salam.

Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum,




Ex-boyfriend, kisah lama semua itu tapi yang lama itulah yang tak boleh lupa, itu korang lah bukan aku. Hehe. So tetap nak cuba dapatkan ex-boyfriend korang balik, try jangan buat 10 perkara dibawah supaya ex-boyfriend korang tak lagi menyampah dengan korang yang degil nak rujuk semula nie. Aku amik tip nie dari majalah Dara and edit sedikit.


1. Jangan bergaduh dengan dia
Selalunya kalau borak mesti bergaduh kan, yela die tak mengaku salah korang pun tak nak mengaku salah tentang benda-benda lepas so last2 gaduh. Bergaduh hanya bagi ketegangan. Walaupun korang menang bila bergaduh, tapi korang tetap kena tinggal.

2. Jangan cuba menggunakan logik
Jangan guna logik untuk menyakinkan si dia untuk kembali dekat korang, sebab cinta nie berlandaskan perasaan, so logik-logik tak leh pakai ye.

3. Jangan yakinkan atau cuba menyakinkan ex-boyfriend
Jangan  "yakinkan" si dia kamu sudah berubah atau mulai sekarang keadaan pasti berubah. Sebab ini umpama menimba air keluar daripada perahu bocor.



4. Jangan asyik cakap yang korang cintakan si dia
Dia sure tak akan peduli tentang perasaan cinta korang tu kat dia, even korang cakap lebih tinggi dari gunung Everest pun tak ada dia kisah, sebab apa yang penting bagi dia sedalam mana cintanya terhadap korang bukan berapa dalam cinta korang terhadap dia.

5. Jangan merayu!
Hampir 90% perempuan akan merayu supaya ex-boyfriend kembali kepada mereka. Lagi korang merayu, lagi jauhlah si dia tinggalkan korang. Oklah, ada yang berjaya dapatkan kembali ex-boyfriendnye setelah puas merayu-rayu tapi aku sure sekejap je bertahan pastu putus balik sebab si dia hanya kesiankan korang je.
So tak payah nak nipiskan kulit muke korang tu sebab nak merayu-rayu kembali balik.


6. Jangan cuba buat dia rasa bersalah
"Saya tak boleh hidup tanpa awak". Standard punya ayat yang korang akan guna, tapi ayat seperti ini tidak akan berjaya kerana cinta memang tidak boleh dipaksa. So biarlah ia datang dari hatinya yang ikhlas.

7. Jangan berlakon sedih
Macam nombor 7 tadi jangan buat dia rasa bersalah, dari lakonan yang sedih dari korang itu akan membuatkannya bersimpati dan kasihan terhadap korang namun itu tidak sama dengan "tertarik" atau "keinginan" untuk kembali kepada kamu.

8. Jangan  bercakap dengan kawan-kawannya
Jangan gunakan kawan-kawannya untuk mendapat sokongan, even kawan-kawan dia bantu korang and buat plan untuk die kembali kepada korang ia tetap tak dapat bertahan lama sebab bukan lahir dari hatinya yang ikhlas.

9. Jangan menangis di hadapannya
Tidak kira la menangis depan dia or dalam telefon, itu semua menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas korang, oleh itu JANGAN menangis.

10. Jangan desak
Mendesak si dia untuk kembali kepada korang adalah satu kesilapan besar, lagi korang desak lagi dia benci and jauhkan diri.


So kesimpulannya, korang lupakan jelah strategi untuk mendapatkan kembali ex-boyfriend korang, sebab cuba korang pikir dalam-dalam kenapa korang berpisah sebab memang korang tak boleh masuk dah, senang cakap tak ada persefahaman. So the best way ialah korang cari je boyfriend baru. Hehe.

Salam.

Monday, February 14, 2011

Senyum.......


Assalamualaikum,


Senyum, lagu Senyum dari Malique & Najwa nie dah lama pun tapi tak ada la lama sangat so aku nak letak jugak. Hehe. Kalau ada yang tak dengar lagi lagu nie sure akan buat korang tersenyum punya. Pada lelaki yang nak pujuk awek pun boleh guna ayat dalam lagu nie ala biasa la perempuan kan suka dipuji tapi lelaki pun sama jugak nak jugak kena puji. So layan la Senyum.



Lirik lagu Senyum (Malique & Najwa)

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse




Nak nampak cantik so senyum-senyumlah selalu..

Sunday, February 13, 2011

Assalamualaikum

my superheroin

Apa kes aku nak sayang minah nie!!


Aku terpaksa sayang dia sebenarnya, sebab dia dah tolong aku buat blog nie. So aku kena la sayang dia kan kan. Hehe. Okla, jujur aku memang sayang die sangat-sangat pun sebab dia la kawan baik aku dari sekolah menengah lagi and dari dulu lagi dia my superheroin. 



Kenapa aku kena mintak tolong dia buatkan blog aku, kenapa tak cuba sendiri je kan. Jikalau tidak kerana tugasan aku untuk kelas Computer Application in Management memang tak ada la blog nie sampai bila-bila. Serabut aku memikirkan nak buat benda alah nie nasib baik ada Ned, sebab dia pun ada blog jugak so korang rajin-rajin la tengok blog dia anak denesor


dulu xpandai bergaya2 nie..hehe



...going to have this blog.
So Ned, aku memang gila sayang ko dari dulu and selamanya (xcaya aku cakap ayat nie). Arigato!!!
Aku harap blog aku nie bertahan la sampai bila-bila. Hehe..


Salam...