Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum,

Aku dah tak lama kat UUM nie, so setiap aku pergi mana-mana mesti aku tengok puas-puas. Setiap muka kawan-kawan aku pun tatap puas-puas. Kelas aku pun dah banyak habis tinggal dua je lagi, hari nie kelas aku bersama Shah pun dah habis so tak ada dah nak borak sakan dalam kuliah. Aku nak cerita mana aku kenal budak-budak sengal nie semua. Hehe..sengal tapi semua cute miyut tau tapi tak setanding aku lagi la. Dimana aku bermula ea aku pun ingat-ingat lupa dah.



Aku start dengan Ain bab aku dengan dia memang rapat sejak sem 1 lagi, kitorang bertiga, lagi sorang tue Julie. Macam mana aku kenal minah comel nie adalah dari Julie jugak bab diorang yang kawan dulu, so after tue baru aku kenal and rapat dengan ain. Masa mula-mula aku kenal dia nie agak menyampah bab dia dengan kawan dia asik 'speaking' je. Hehe aku tak terer BI sangat tue yang menyampah bab jeles kan tapi lama-lama aku kenal dia tak la menyampah sangat bab ada lagi orang lagi menyampah asik speaking je memanjang. Bukan aku sorang je menyampah ea orang lain tengok pun menyampah tau, bukan aku cakap diorang yang cakap sendiri..Hihi. Aku makin rapat dengan dia lepas dia selalu turun bilik aku malam-malam sebab nangis, nangis sebab apa kenala rahsia tak lama tue pulak aku pulak yang asik pergi ulang-alik bilik dia sebab nangis putus cinta..Haha..memang banyak la kenangan ngan minah kecik comel nie. Serius memang rindu kat ain gila-gila pas nie..


Panjang beno cerita pasal minah ain nie, so beralih kepada Shah. aku dah pernah tulis pasal dia sebelum nie so aku tambah sikit-sikit jela pasal dia. Dia nie seorang yang tak tahu malu langsung bila dengan aku. Kira orang yang paling kuat menyusahkan dalam hidup aku adalah dia la. Aku nak cakap pasal macam mana aku kenal dia, kisahnya bermula aku tengah order makanan tetiba datang la mamat nie tanya "ko la dapat mid term eko tinggi kan ajar aku nanti" and tak pasal-pasal mintak nombor aku. Dalam hati ntah pape je mamat nie tak tahu malu mintak nombor orang sesuka hati,  tapi tak bagi kang kata sombong pulak kan so after tue setiap sem la aku menjadi cikgu mamat nie sebab die memang pandai menyusahkan orang terutama sekali aku dalam bab study-study nie.




So after shah aku kenal pulak dengan mira (dayang mira) nama penuh aku tak tahu eja susah nak mampus. Minah nie seorang yang amat rajin sekali dah amat ada sekali pulak tue, tue yang teramat rajin. Aku paling suka buat assignment dengan dia, kalau boleh dia yang nak buat semua.. Kan best kan lagi pun dia 1 sdg dengan aku tue yang rapat sampai sekarang.

pinjam gambar kat ko jap..hehe

Hanis pulak, aku jumpa minah nie masa kelas international management, aku duduk sebelah dia dengan muka tak malu pulak tue. Aku memang tak banyak kawan time tue ada pun kawan-kawan bilik dengan ain jela, so start after tue aku mula la rapat dengan dia sebab 1 group sekali. And makin banyak la pulak 1 kelas dengan dia and group bersama-sama. Makin lagi bertambah rapat sebab dia paling banyak ajar aku pasal blog nie. Eh jap lupa ain pun paling banyak ajar aku jugak dia la yang buatkan tumblr untuk aku. Thanks ain..hehe..kira sama-sama banyak la.

tak pernah tangkap gambar sekali kot..
And pastue paan lak, paan nie pemalu so aku tak banyak la cerita pasal dia, aku mula kenal dia masa kelas statistic and kenegaraan 1 group jugak, siapa 1 group dengan aku mesti jadi kawan aku. Hehe. orang peramah plus cute macam aku memang orang suka kawan.Hahaha.. Ok berbalik pada paan nie aku banyak mesej je dengan dia nie tapi tue dulu la. Aku suka cari pasal dengan dia tue yang jadi kawan baik aku tue. Tengok gambar dengan dia sekali pun tak pernah, rasanye la dah puas cari tak jumpa jugak =(



Lastly ida, minah nie aku rapat lepas pergi jalan ke port dengan budak-budak lain kelas sea transport. Kalau pergi mana-mana dengan dia mesti beratus-ratus gambar la dapat, memang pandai gila tangkap gambar orang. So nak letak gambar dengan dia pun bersepah pilih je mana satu nak. Hehe..Aku suka kawan dengan dia sebab confident dia sangat la tinggi. So aku pun terikut confident la jugak..

Kesimpulannya, korang la yang aku akan ingat bila dah keluar nanti bab banyak sangat kenangan. So korang jangan lupa kan aku pulak tau pas nie. Sedihnya nak habis study, pas nie pratikal, pastue kerja, pastue kawen, pastue ada anak, pastue tua..Hehe banyak betul pikir nie, nanti anak korang kawen ngan anak aku   jela senang nak jumpe..hehe..

banyak gambar baju sama je bab malas nak cari dah banyak sangat..hehe

Friday, April 15, 2011

Assalamualaikum,

37 hari je lagi aku nak keluar dari UUM nie tapi aku tak sangka semua nie jadi kat aku. Apa yang aku harapkan aku dan semua kawan aku happy before tinggalkan UUM, pengalaman masa belajar nie la paling best. Aku nak jumpa puas-puas kawan-kawan aku, lepak gila-gila buat semua benda yang belum buat lagi selama 3 tahun nie tapi malangnya semua tue tak boleh buat macam aku nak, kawan-kawan aku dah tak macam dulu dah. Apa yang aku rasa sekarang gila sedih, aku nak macam dulu lepak kat bilik diorang cerita macam-macam semua masalah kongsi sama, main jadi model macam-macam la tapi semua tue memang tak boleh dah..

Masa kat matrik dulu paling best 2 bilik kawan baik pergi mana-mana mesti dengan diorang, aku pergi dating pun diorang ikut jugak, aku nak macam tue even aku tak ada bf kat UUM nie pergi semua sama-sama. Kenapa benda nie jadi masa aku tinggal 2 bulan je lagi kat UUM nie. Mana pergi janji kita nak pergi tangkap gambar 1 UUM nie, kalau aku tak ada korang aku nak pergi tangkap gambar dengan siapa lagi, aku ada korang je kot kawan baik aku.

Aku tau tak mungkin benda tue boleh ubah dalam masa singkat nie tapi aku mengharapkan keajaiban  berlaku, aku nak benda nie aku habis dengan happy ending, aku tak nak keluar UUM nie semua buat hal masing-masing. Aku tak harap korang baca entri nie tapi aku harap kita semua boleh jadi macam dulu lagi.

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum,



Happy belated birthday to you gedixx..Hehe
I hope you have a REALLY great birthday!!
I’m really glad I got to meet you and be friends with you.
I want you to know that I really love you. 






You’re older today than yesterday but younger than tomorrow, Happy Birthday Dear!

Tuesday, April 12, 2011

Dear friend,









Dear friend,
I realized I can’t get along with you now.
I realized that you hate me.
I realized, after i lied to myself thinking it was me thinking too much.
But I guess I’m not.
Seriously, I’m totally disappointed.
And I guess, it would never, be the same, like before.
And I think, our relationship, would drift apart.
Further than now.
And further like the North and South.
Still, I would always be there for you.

Saturday, April 9, 2011

Dasar nyanyok...

Assalamualaikum...



Aku nak cerita pasal nyanyok pulak, nyanyok nie semua orang tahu kan bila dah tua semua orang akan nyanyok, semua dia lupa kadang-kadang baru je cakap seminit yang lepas dah lupa dah apa yang dicakap tue. Aku tak pernah handle la situasi dengan orang yang nyanyok nie alhamdulillah la kan tapi sekarang aku rasa aku ada ciri-ciri sedikit nyanyok tapi ayat manis lagi pelupa la, tapi aku tak pelupa semua benda tau sesetengah sahaja.

Aku memang lemah dalam mngingat muka orang and nama-nama manusia nie, so kalau aku nampak pakwe aku dengan perempuan lain pun aku boleh buat bodoh jela kan dah tak ingat muka.. hehe.. Tapi tak apa saya ada kepohguard untuk bagitau semua tue strategi yang terbaik.. Nie la yang aku nak cerita tadi ada mamat nie datang kedai beli barang borak-borak ngan aku and aku memang tak perasan dia tue budak matrik aku sama group la masa pergi camping, bukan tak perasan tak ingat pun. hehe.. Boleh tanya lagi ye ke sama matrik Arau gila nyanyok betul aku nie kan.

And paling teruk bab-bab nama nie la, sedang kan nama kawan aku yang tiap-tiap hari aku jumpa pun aku boleh lupa ea tapi tak lama la aku lupa nama diorang nie semua dalam setengah minit je. Tapi kalau orang yang baru kenal tue memang susah la aku nak ingat namanya kan. Hehe sampai norizan pernah marah tak ingat nama ayah dia and cara terbaik tak kena marah lagi aku save dalam hp lagi ea..

So cara penyelesaiannya korang tue kena la cantik and hensem kan sure sampai aku tido aku tak lupa wajah korang tue and kalau nama tue bagi unik-unik cikit bagi aku senang ingat aku tak main nama simple-simple nie tak adventure langsung nak ingat. Hehe

p/s saya seorang pelupa 2 benda tue je ea yang lain saya terbaik..hehe