Sunday, March 13, 2011
Assalamualaikum,
Dulu aku dah cerita 10 perkara yang dilarang kalau nak dapat ex-boyfriend kembali kat entri nie, hari nie aku nak bagi tips pulak macam mana korang lelaki boleh dapatkan kembali ex-ex girlfriend korang, yang nie aku pikir sendiri tau..
Ok cara pertama korang boleh pilih 1 masa yang korang rasa dia ada masa untuk layan tepon korang dengan baik. Contoh ye, ambil pukul 11.30 malam before dia tido korang tepon dan bercakap hanya dalam 4-5 minit sahaja and bertanyakan tentang kehidupan dia sihat ke, ada masalah ke, tanya la apa-apa yang penting tunjuk korang ambil berat kat dia. Ulang benda nie setiap hari beberapa bulan dan tiba-tiba hilangkan diri dengan stop tepon, tengok adakah si ex korang try tepon korang balik menanyakan khabar @ tidak. Kalau dia tepon balik maknanya dia risau kan kamu and peluang untuk dapatkan kembali sememangnya cerah and kalau dia tak buat apa-apa pulak, korang padamkan jela hasrat nak dapat kan dia kembali memang dia tak risau kat korang sikit pun.
Cara kedua pulak, ini boleh diiringi sekali dengan cara pertama di atas. Korang hantar mesej selamat pagi, kejut dia bangun subuh and selamat malam. Jangan tulis ayat panjang-panjang maybe dia menyampah nak tengok nanti just tulis "selamat pagi, awak jangan lupa solat subuh tau" and "selamat malam, semoga awak happy sentiasa". Kene hantar mesej cam nie setiap hari, yang nie aku tak tahu sampai mana korang kena buat sebab korang akan tahu sendiri macam mana dia balas mesej korang tue.
Cara ketiga, fikir apa sebab korang putus. Apa kesalahan yang korang dah buat, sampai dia berani buat keputusan untuk putus, dari situ cuba belajar buang sikap tue sikit demi sikit. Aku nak bagi pandangan sikit la, perempuan nie susah untuk tinggalkan seorang lelaki even perasaan cinta tue dah lama hilang, dia tetap bersama lelaki tue, sebab perempuan tak sanggup nak lukakan hati seseorang yang pernah sayang dia, tapi kalau lelaki dia lebihkan perasaan dia dari perempuan, bila hilang cinta hilang la perempuan tue dalam hidup dia. And yang penting jangan cuba yakinkan dia yang korang dah berubah, biar dia sendiri yang sedar dengan perubahan korang, dengan tue baru dia nampak perubahan tue lebih ikhlas.
Ok la tiga jela, tak ada idea dah, kalau ada aku buat sambungan pulak nanti. Tapi nie tak tahu jadi ke tak, semua usaha tue datang dari diri sendiri. Hehe.. Selamat malam...
Labels: lOvE
12 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Minggu ke atau bulan ke. Bgi dia masa untuk rindu ko. Klau mcm dh lama sgt atau dia pun dah ade pengganti elok move on sje.