Showing posts with label lOvE. Show all posts
Showing posts with label lOvE. Show all posts
Sunday, March 13, 2011
Assalamualaikum,
Dulu aku dah cerita 10 perkara yang dilarang kalau nak dapat ex-boyfriend kembali kat entri nie, hari nie aku nak bagi tips pulak macam mana korang lelaki boleh dapatkan kembali ex-ex girlfriend korang, yang nie aku pikir sendiri tau..
Ok cara pertama korang boleh pilih 1 masa yang korang rasa dia ada masa untuk layan tepon korang dengan baik. Contoh ye, ambil pukul 11.30 malam before dia tido korang tepon dan bercakap hanya dalam 4-5 minit sahaja and bertanyakan tentang kehidupan dia sihat ke, ada masalah ke, tanya la apa-apa yang penting tunjuk korang ambil berat kat dia. Ulang benda nie setiap hari beberapa bulan dan tiba-tiba hilangkan diri dengan stop tepon, tengok adakah si ex korang try tepon korang balik menanyakan khabar @ tidak. Kalau dia tepon balik maknanya dia risau kan kamu and peluang untuk dapatkan kembali sememangnya cerah and kalau dia tak buat apa-apa pulak, korang padamkan jela hasrat nak dapat kan dia kembali memang dia tak risau kat korang sikit pun.
Cara kedua pulak, ini boleh diiringi sekali dengan cara pertama di atas. Korang hantar mesej selamat pagi, kejut dia bangun subuh and selamat malam. Jangan tulis ayat panjang-panjang maybe dia menyampah nak tengok nanti just tulis "selamat pagi, awak jangan lupa solat subuh tau" and "selamat malam, semoga awak happy sentiasa". Kene hantar mesej cam nie setiap hari, yang nie aku tak tahu sampai mana korang kena buat sebab korang akan tahu sendiri macam mana dia balas mesej korang tue.
Cara ketiga, fikir apa sebab korang putus. Apa kesalahan yang korang dah buat, sampai dia berani buat keputusan untuk putus, dari situ cuba belajar buang sikap tue sikit demi sikit. Aku nak bagi pandangan sikit la, perempuan nie susah untuk tinggalkan seorang lelaki even perasaan cinta tue dah lama hilang, dia tetap bersama lelaki tue, sebab perempuan tak sanggup nak lukakan hati seseorang yang pernah sayang dia, tapi kalau lelaki dia lebihkan perasaan dia dari perempuan, bila hilang cinta hilang la perempuan tue dalam hidup dia. And yang penting jangan cuba yakinkan dia yang korang dah berubah, biar dia sendiri yang sedar dengan perubahan korang, dengan tue baru dia nampak perubahan tue lebih ikhlas.
Ok la tiga jela, tak ada idea dah, kalau ada aku buat sambungan pulak nanti. Tapi nie tak tahu jadi ke tak, semua usaha tue datang dari diri sendiri. Hehe.. Selamat malam...
Labels: lOvE
Friday, February 25, 2011
Assalamualaikum,

Hari nie aku nak kutuk sikit pasal cara lelaki nak mula kenal perempuan. Ayat dia sama je and cara dia pun sama je, tolong la kami perempuan amat la bosan dengan cara korang yang amat tak best langsung. Dah la mencuri no telefon, ok la tak semua curi tapi korang mintak no telefon tue dari kawan korang still lagi kira mencuri bagi aku.
Dahla mencuri pas tue guna ayat yang sama je plak tue, sejak aku sekolah sampai masuk u nak habis u pun korang guna ayat sama, tolong la kami perempuan sangat la bosan dengan ayat korang tue "hai, leh berkenalan ?" Tak ada seni langsung. Cuba guna ayat yang best-best sikit be creative la sikit, teringin jugak kami nak tengok kecreativan kaum lelaki nie.
Lepas tue bila perempuan tue tak nak layan mula la cakap "ala nak kawan je tak kan tak boleh". Aku baru tahu tue taktik rupanya, maybe aku lembab sikit kot bab tue baru tahu. Tapi aku tak termakan ea. Huhu. "Awak dah ada bf erm tak pela" ha tengok tak ikhlas kan pas tue terus hilang baru cakap tadi "nak berkawan je". Lelaki mana pernah ikhlas.
Aku nak bagi pandangan la sikit cuba korang berani sikit terus direct je jumpa and cakap " boleh bagi no telefon bab i dah lama minat kat u, kalau u tak bagi i mintak kat orang lain je". Kan cam best sikit, perempuan tue pun tak marah kalau korang dapat no dia dari orang lain. So tolong la jangan guna ayat "leh berkenalan" ayat lama betul aku rasa orang zaman batu awal pun gun ayat tue jugak.
Tuesday, February 15, 2011
Assalamualaikum,
Ex-boyfriend, kisah lama semua itu tapi yang lama itulah yang tak boleh lupa, itu korang lah bukan aku. Hehe. So tetap nak cuba dapatkan ex-boyfriend korang balik, try jangan buat 10 perkara dibawah supaya ex-boyfriend korang tak lagi menyampah dengan korang yang degil nak rujuk semula nie. Aku amik tip nie dari majalah Dara and edit sedikit.
1. Jangan bergaduh dengan dia
Selalunya kalau borak mesti bergaduh kan, yela die tak mengaku salah korang pun tak nak mengaku salah tentang benda-benda lepas so last2 gaduh. Bergaduh hanya bagi ketegangan. Walaupun korang menang bila bergaduh, tapi korang tetap kena tinggal.
2. Jangan cuba menggunakan logik
Jangan guna logik untuk menyakinkan si dia untuk kembali dekat korang, sebab cinta nie berlandaskan perasaan, so logik-logik tak leh pakai ye.
3. Jangan yakinkan atau cuba menyakinkan ex-boyfriend
Jangan "yakinkan" si dia kamu sudah berubah atau mulai sekarang keadaan pasti berubah. Sebab ini umpama menimba air keluar daripada perahu bocor.
4. Jangan asyik cakap yang korang cintakan si dia
Dia sure tak akan peduli tentang perasaan cinta korang tu kat dia, even korang cakap lebih tinggi dari gunung Everest pun tak ada dia kisah, sebab apa yang penting bagi dia sedalam mana cintanya terhadap korang bukan berapa dalam cinta korang terhadap dia.
5. Jangan merayu!
Hampir 90% perempuan akan merayu supaya ex-boyfriend kembali kepada mereka. Lagi korang merayu, lagi jauhlah si dia tinggalkan korang. Oklah, ada yang berjaya dapatkan kembali ex-boyfriendnye setelah puas merayu-rayu tapi aku sure sekejap je bertahan pastu putus balik sebab si dia hanya kesiankan korang je.
So tak payah nak nipiskan kulit muke korang tu sebab nak merayu-rayu kembali balik.
6. Jangan cuba buat dia rasa bersalah
"Saya tak boleh hidup tanpa awak". Standard punya ayat yang korang akan guna, tapi ayat seperti ini tidak akan berjaya kerana cinta memang tidak boleh dipaksa. So biarlah ia datang dari hatinya yang ikhlas.
7. Jangan berlakon sedih
Macam nombor 7 tadi jangan buat dia rasa bersalah, dari lakonan yang sedih dari korang itu akan membuatkannya bersimpati dan kasihan terhadap korang namun itu tidak sama dengan "tertarik" atau "keinginan" untuk kembali kepada kamu.
8. Jangan bercakap dengan kawan-kawannya
Jangan gunakan kawan-kawannya untuk mendapat sokongan, even kawan-kawan dia bantu korang and buat plan untuk die kembali kepada korang ia tetap tak dapat bertahan lama sebab bukan lahir dari hatinya yang ikhlas.
9. Jangan menangis di hadapannya
Tidak kira la menangis depan dia or dalam telefon, itu semua menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas korang, oleh itu JANGAN menangis.
10. Jangan desak
Mendesak si dia untuk kembali kepada korang adalah satu kesilapan besar, lagi korang desak lagi dia benci and jauhkan diri.
So kesimpulannya, korang lupakan jelah strategi untuk mendapatkan kembali ex-boyfriend korang, sebab cuba korang pikir dalam-dalam kenapa korang berpisah sebab memang korang tak boleh masuk dah, senang cakap tak ada persefahaman. So the best way ialah korang cari je boyfriend baru. Hehe.
Salam.
Labels: lOvE
Subscribe to:
Posts (Atom)








