Friday, March 11, 2011

Pro Running Race

Assalamualaikum,
mekap tambahan
Ok cerita nie dah lapuk and duit dia pun dah habis, tapi aku nak cerita jugak bab dah janji dengan budak team aku yang menang nie. Hehe. Ye memang tujuan aku nak cerita pasal nie bab kitorang menang, bangga beb pertama kali masuk benda-benda alah macam nie boleh menang no 1 ye jangan main-main. Haha betul-betul riak...

Aku nak cerita dari mula-mula sampai kitorang menang. Hehe. Ulang banyak-banyak kali menang itu...
Ha, sebelum tue aku nak bagi tahu jugak macam mana aku boleh terjebak ke benda alah nie yang bagi aku amat mengarut, pergi pusat sukan yang dekat tue pun malas nie nak main explorace yang kena stamina gila tinggi. Cerita dia gini, aku dapat la mesej dari sorang yang tak dikenali mesej dia "TAHNIAH anda terpilih untuk menjadi peserta bagi program pro running race sila hadir ke jkps" (betul kot aku pun lupa nama dia). Aku dengan bengang sekali pergi turun, nak je mengamuk sebab suka-suka je pilih aku memang tak patut betul, tapi aku cakap baik-baik bila depan pengarah dia, yelah tak patut tau tunjuk muke bengang depan orang nanti orang cop kita apa pulak. Hehe. Aku pun tolak dengan baik, keluar bilik tue aku rasa kesian pulak tengok muka dia, aku nie memang lembut sangat tak lama pun aku pergi la daftar nama aku and kawan-kawan aku. So memang tak dijangka semua ini berlaku dalam 1 malam saja aku dengan membe buat keputusan untuk main explorace nie.

Ok nie gambar sebelum start explorace,

muke mengantuk semua

Habis sudah melantak
Masuk la acara explorace, penat tau dah la semua perempuan, 2 kecik pulak tue, tapi tak apa kecik-kecik cili api tau. Aku tangkap gambar sikit je, yelah fokus RM100 tue kan, so tak boleh banyak masa main-main. Hehe...
Eng tak fokus....
nie berlakon je lebih...
nie tak berlakon..tengok la muka diorang..
Ok selepas sampai ke garisan penamat pulak, nie tangkap gambar sebab bosan tunggu team lain lama sangat. Hehe.
heppi...
gadis-gadis comel..hehe

erm comel la juga..hihi


And kemuncaknya.....hehehe
johan..johan..and johan again..
Masa untuk komen pulak, aku memang tak sangka kitorang boleh menang, niat kitorang just nak main-main sambil bersenam je tapi macam mana rezeki kitorang dapat. Paling bangga 4 perempun tiada lelaki boleh menang dan menewaskan team yang ada lelaki, so perempuan tak lemah tau. Kitorang menang 1 hamper and RM100 lagi 1 hamper tue farah menang tapi aku dah tak ingat dia menang sebab apa sebab dia gedik kot..Haha gurau je.

So kita tak tahu rezeki nak datang bila, mungkin sebab aku peserta terpilih tue la hikmahnya dapat la rezeki menang no 1. Ok la bye-bye..

0 Comments:

Post a Comment